
Bengkel Penataran Kurikulum Prasekolah 2026” yang telah berlangsung pada 16 - 18 Disember 2025 di Dewan Bukhari, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan melibatkan penglibatan aktif daripada semua pelajar PAKK.
Sepanjang hari kedua bengkel ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai pengisian penting berkaitan Kurikulum Prasekolah 2026, antaranya:
🔹 Bidang Pembelajaran Fizikal & Kesejahteraan Diri
yang menekankan perkembangan
kemahiran motor halus dan kasar, koordinasi tubuh, serta amalan penjagaan diri bagi membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak
🔹 Bidang Pembelajaran Kreativiti dan Estetika memberi penekanan terhadap penerokaan seni, muzik dan pergerakan kreatif sebagai medium ekspresi diri, membina imaginasi serta menghargai nilai keindahan dalam kehidupan seharian kanak-kanak
🔹 Pembelajaran Jadual Waktu yang memberi gambaran atau idea awal tentang percaturan masa yang tepat bagi setiap aspek-aspek tertentu di dalam kelas prasekolah.
🔹 Pelaksanaan Waktu Rehat turut diwujudkan bagi membentuk tingkah laku positif, mempraktikkan nilai murni serta jati diri kanak-kanak sejak awal usia.
🔹 Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran yang telah dirancang dan dilakukan tadi dapat memupuk sikap toleransi, membina kemahiran intrapersonal serta interpersonal yang baik apabila dapat memberi penerangan tentang aktiviti yang telah dirancang oleh setiap kumpulan dengan yakin.
Keseluruhan pengisian pada bengkel ini telah memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar tentang struktur, fokus dan pendekatan Kurikulum Prasekolah 2026, selari dengan keperluan perkembangan holistik kanak-kanak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator dan pensyarah atas perkongsian ilmu yang bermakna, serta kepada para pelajar atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam amalan pendidikan awal kanak-kanak pada
masa hadapan.





