Program “Mini Fiesta Keusahawanan Cilik 2025” yang telah berlangsung pada 16 November 2025 di Dewan Munsyi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan melibatkan penglibatan aktif daripada semua pelajar PAKK. 

Sepanjang fiesta ini, para pelajar berpeluang:

🔹 Mengunjungi Pameran Produk Keusahawanan & Inovasi yang menampilkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan produk menarik, unik dan berinovasi.
🔹 Menyertai cabutan bertuah yang menambahkan kemeriahan dan membangkitkan semangat penyertaan sepanjang program.
🔹 Menikmati jualan makanan yang dikendalikan oleh pelajar, sekali gus memberi pendedahan kepada aspek asas keusahawanan.
🔹 Melawat Pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang memberikan pendedahan kepada aspek keselamatan, peralatan kecemasan dan demonstrasi asas.
🔹 Melawat Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berkongsi pengetahuan mengenai bahaya dadah dan pencegahan awal dalam komuniti.

Program ini bukan sekadar satu fiesta, tetapi turut menjadi platform pembelajaran bermakna yang menggabungkan elemen keusahawanan, keselamatan, kesedaran sosial dan inovasi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia juga mengukuhkan kerjasama, kreativiti dan keyakinan pelajar JPAKK dalam melaksanakan aktiviti secara profesional. 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290