
TAHNIAH & SYABAS!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Riezham Hakimi bin Mohd Rizal, pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), bersama pasukan Lentera Irama atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Pesta Pantun Negeri Pulau Pinang 2026 anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan bahawa pelajar PAKK juga mampu menyerlah dalam bidang seni, budaya dan kokurikulum.
Semoga kejayaan Riezham ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar PAKK yang lain untuk terus berani mencuba, mengembangkan bakat serta mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tahniah sekali lagi, Riezham! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama PAKK!



