

🌷TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA BATCH ALONG PAKK 2021/2026🌷
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada batch Along PAKK ambilan 2021/2026 kerana berjaya menamatkan pengajian di IPGKSAH dengan jayanya🥳
Terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan kepada jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan IPGKSAH🫶🏻
Semoga terus maju jaya dan jadilah guru yang bukan sahaja mengajar dengan minda, tetapi juga memimpin dengan hati 🤍
Semoga langkah pertama sebagai seorang guru ini dipenuhi dengan keberkatan, dipermudahkan urusan penempatan dan sentiasa diberikan kekuatan untuk mendidik dengan penuh kasih sayang. Terima kasih atas segala memori dan teladan yang baik🌻





