Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala ilmu, bimbingan, tunjuk ajar serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada warga Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

🌹 Segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang bersama kami akan sentiasa dikenang dan dihargai.

🌹 Semoga langkah En. Mohd Aidil Firdaus untuk melanjutkan pengajian menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna serta membuka ruang untuk mencapai impian dan cita-cita yang dihasratkan.

🌹 Semoga dipermudahkan setiap urusan sepanjang menuntut ilmu, diberikan kekuatan dan ketekunan dalam menghadapi setiap cabaran, serta dikurniakan kejayaan yang membanggakan.

🌹 Selamat melanjutkan pengajian dan semoga terus melakar kecemerlangan. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan membawa keberkatan pada masa hadapan. 

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290