

PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 15 2025-
(PERINGKAT AKHIR)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Forum IPG Kampus Sultan Abdul Halim atas kejayaan ke Peringkat Akhir Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15, Tahun 2025 dan telah dinobatkan sebagai Naib Johan dengan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM3000 berserta sijil dan plak.
Tahniah juga diucapkan kepada Ahmad Idham bin Abdul Rahman kerana telah dinobatkan sebagai Panel Terbaik Keseluruhan dengan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM 500 berserta sijil dan plak.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Pn. Normi binti Mohd Dali dan Cik Asniza binti Zakaria, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKSAH, atas bimbingan dan tunjuk ajar yang membawa kejayaan membanggakan ini.
Bahasa Jiwa Bangsa, IPGKSAH Terus Unggul!






