
Program Pameran dan Pertandingan Inovasi merupakan sebahagian daripada Tugasan 1 kursus PSVK3322 yang bertujuan mempamer, menguji dan menyebarluaskan inovasi pengajaran guru pelatih kepada murid sekolah rendah melalui aktiviti pameran dan pertandingan.
Program anjuran Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini dilaksanakan pada 6 November 2025, dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani, melibatkan 24 orang guru pelatih PISMP 21F-PS serta murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Selain memberi pendedahan inovasi kepada murid, program ini turut menjadi platform latihan autentik untuk meningkatkan kemahiran pedagogi, komunikasi dan pengurusan program dalam kalangan guru pelatih serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara IPGKSAH dan sekolah.





