
Pada 16 hingga 20 November 2025 kesemua pelajar major Sains dan Matematik dari Jabatan STEM IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah menyertai Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains dan Matematik yang diadakan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sebanyak 97 kajian penyelidikan Sains dan Matematik telah dibentangkan dan seramai 5 orang telah dipilih sebagai pembentang terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yg telah mengikuti seminar ini dengan jayanya. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan pada masa hadapan dengan cemerlang.





