
Bengkel Pemantapan Bahan-bahan PDP JDTM Siri 2 telah dilaksanakan pada 27 hingga 29 April 2026 di SK Hutchings, Pulau Pinang. Program anjuran Jabatan Digital & Teknologi Maklumat (JDTM) ini melibatkan penyertaan pensyarah yang komited dalam memperkukuh bahan pengajaran dan pembelajaran.
Sepanjang bengkel, peserta terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan, dan pembangunan bahan PDP yang lebih berkualiti dan relevan. Bengkel ini turut menjadi platform kolaboratif untuk perkongsian idea, kepakaran dan amalan terbaik dalam kalangan pensyarah JDTM..





