
Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu (MPPPB) PISMP Ambilan Jun 2023
Minggu Pengurusan
Tarikh : 14 - 17 Ogos 2023.
Aluan Ketua Jabatan Ehwal Pelajar IPGK Sultan Abdul Halim
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sesungguhnya JHEP mengalu-alukan anda semua untuk meneruskan pengajian dalam bidang perguruan dengan tekad dan azam yang tinggi untuk terus HEBAT dalam semua bidang sama ada kurikulum dan kokurikulum. Merealisasikan harapan dan impian diri, keluarga dan negara.






