:
Penutupan sementara 8 blok kolej kediaman bagi memberi laluan kerja-kerja naiktaraf sehingga tarikh jangkaan siap pada 16 Ogos 2025. Blok kolej kediaman yang terlibat ialah
- Kota Palas (A)
- Kota Sg Mas (B)
- Kota Bukit Meriam (C)
- Kota Siputih (D)
- Kota Bukit Pinang (E)
- Kota Anak Bukit (F)
- Kota Kuala (G)
- Kota Limbung (H)
Penempatan yang digunakan bagi menempatkan pelajar-pelajar sedia ada sepanjang tempoh kerja-kerja naiktaraf ini adalah di kuarters dimana kapasiti terkini yang dapat ditampung adalah seramai 90 orang pelajar sahaja pada satu masa. Pihak pengurusan kolej kediaman IPGM Kampus Sultan Abdul Halim sedang berusaha dalam menyiapkan kolej kediaman luar kampus yang terletak di Tikam Batu, Kedah bagi menampung keperluan penginapan bagi pelajar baharu ambilan Jun 2025 yang dijangka akan mendaftarkan diri pada Bulan Ogos 2025.