Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : PROGRAM DINAMIKA KELOMPOK KAKITANGAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (KUMPULAN A)
Tarikh : 11 Apr 2022, 18 Apr 2022 & 25 Apr 2022 (Isnin)
Masa : 9.30 a.m - 11.30 a.m
Tempat : Bilik Kaunseling IPGKSAH.
Anjuran : Unit Psikologi dan Kaunseling
Peserta :6 Orang
Fasilitator :
Pn. Norfashadirah bt. Desa
En. Md Zahir bin Abdul Hamid
LAPORAN PROGRAM
Program Dinamika kelompok adalah satu program yang mengintergrasikan aspek emosi, kognitif, dan tingkahlaku dalam pelaksanaan modul yang telah dibangunkan. Program ini bertujuan membentuk satu unit kakitangan yang sentiasa mempunyai kejelekitan, semangat berpasukan, dan kesejahteraan psikologi yang kukuh.
Setiap Kelompok akan melalui tiga kali sesi perjumpaan di bilik kaunseling. Semua ahli memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang 3 sesi berlangsung.
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 205
Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam 2022
Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)
Masa : 09.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat : Bilik Mikro IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta : 8 Orang
Fasilitator :
Pn. Norfashadirah Bt Desa (Ketua Unit Psikologi Kaunseling IPGKSAH)
Md Zahir Bin Abdul Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbiran IPGKSAH)
LAPORAN PROGRAM
Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat.
Slot pertama dimulakan dengan Taklimat Program Pementoran dalam perkhidmatan awam oleh En. Md Zahir, diikuti dengan aktiviti ice breaking.
Slot kedua diteruskan dengan aktiviti Membina Kepercayaan yang dijalankan oleh Pn. Norfashadirah Desa. Aktiviti ini penting kerana para mentor dan menti akan bekerjasama untuk sepanjang tahun ini dan kepercayaan perlu dibentuk agar hubungan profesional dapat dijalankan dengan berkesan. Slot terakhir adalah mengenalpasti Kompetensi. Ia dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri menti agar memudahkan para mentor untuk membantu menti membuat penyesuaian kendiri.
Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 348
Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : Program Gaya Hidup Sihat Kampus Bebas Dadah IPGKSAH Tahun 2022
Tarikh : 27 Februari 2022 (Ahad)
Masa : 30 a.m - 10.30 a.m
Tempat : YouTube Media Rasmi IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Peserta : Terbuka kepada semua
Personalia :
YBrs. Norhayu binti Norany (Wakil Pengarah IPGKSAH - Perasmi)
YBrs. Dr. Azemi bin Shaari (Penceramah)
Fasilitator :
Pn. Norfashadirah Bt Desa (Ketua Unit Psikologi Kaunseling IPGKSAH)
Md Zahir Bin Abdul Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbiran IPGKSAH)
Cik Haryani Binti Hanafi (Kanselor Pelajar IPGKSAH)
LAPORAN PROGRAM
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang disambut di seluruh negara. Tema Hari Antidadah bagi Tahun 2022 ialah “Lebih Baik Cegah” iaitu ke arah merealisasikan slogan #Dadah Terkawal 2025. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dadah merupakan musuh utama negara disamping memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada segenap lapisan masyarakat. Sehubungan itu, setiap organisasi di seluruh Malaysia turut memainkan peranan untuk mengadakan program berbentuk pendidikan dan pencegahan dadah bagi menyahut seruan kerajaan.
Oleh kerana kekangan pandemik Covid-19 yang menyebabkan program secara bersemuka tidak dapat dijalankan, maka Unit Psikologi & Kaunseling mengambil inisiatif untuk melaksanakan program secara dalam talian. Program dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa di bawah pimpinan ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) iaitu Ustaz Mohd Roshdi bin Abdul Rashid. Seterusnya bacaan perutusan Hari Antidadah Kebangsaan yang disampaikan oleh Kaunselor Pentadbiran, En. Md Zahir bin Abdul Hamid dan diikuti bacaan Ikrar Antidadah oleh ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) di bawah pimpinan Kaunselor Pelajar, Cik Haryani binti Hanafi. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhayu binti Norany yang mewakili Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim kerana melaksanakan tugas rasmi di IPG Kampus Kota Bharu. Kelantan. Acara kemuncak diteruskan dengan sesi ceramah berkaitan Gaya Hidup Sihat Kampus Bebas Dadah yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Azemi bin Shaari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kuala Muda merangkap Mantan Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Gaya Hidup Sihat dan Kampus Bebas Dadah ini berjalan lancar dan diharap dapat memberikan input dan informasi yang berguna kepada semua pegawai akademik, anggota kumpulan pelaksana dan para pelajar serta seluruh warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.
Program tamat pada jam 10.30 pagi.
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 640