
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak (JPAKK), IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah menganjurkan Bengkel Integriti Akademik dan Kemahiran Pembentangan Berkesan yang melibatkan seramai 45 orang pelajar Tahun 4 Semester 1 bagi kursus PAKK3623, Academic Skills in Early Childhood Education Context
🎯 Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang integriti akademik serta memperkukuh kemahiran pembentangan dan keyakinan diri pelajar dalam menyampaikan idea secara berkesan dan profesional.
✨ Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam melaksanakan tugasan akademik serta meningkatkan kualiti pembentangan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.



