MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
PRASEKOLAH DIDIKKU SAYANG 2025,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Tarikh: Khamis, 27 November 2025
Tempat: Dewan Munsyi, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Didikku Sayang 2025 diadakan sebagai penghargaan kepada murid-murid prasekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun. Penganjuran majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara pihak IPGM, ibu bapa, pensyarah serta komuniti pendidikan dalam usaha bersama membangunkan potensi anak-anak prasekolah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, Pengarah IPGM KSAH. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah IPGM KSAH, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Pengerusi Waris Prasekolah, Timbalan Ketua Jabatan Prasekolah, barisan pensyarah JPAKK, serta ibu bapa dan para hadirin.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290