
Pada 20 November 2025, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGMKSAH telah menganjurkan Mini Muzikal Fantasia di Dewan Munsyi sebagai tugasan kursus PAKK3672 Nyanyian, Muzik dan Pergerakan Kreatif.
✨ Program ini melibatkan penyertaan semua pelajar PISMP PAKK Ambilan 21/26 dengan objektif meningkatkan kemahiran kolaborasi, komunikasi, kreativiti dan keyakinan melalui persembahan muzikal.
✨ Seramai 99 pelajar bekerjasama dalam pelbagai jawatankuasa seperti teknikal, hiasan pentas, persembahan, dokumentasi, fotografi dan lain-lain bagi memastikan kelancaran program.
✨ Program turut dihadiri Pengarah IPGKSAH, Encik Aris Fazil bin Haji Ujang, yang merasmikan dan menyempurnakan gimik pelancaran.
✨ Keputusan pertandingan:
* Tinkerbells – Tempat Pertama
* Solnyra – Tempat Kedua
* Lumina – Tempat Ketiga
Semoga pengalaman ini menjadi nilai tambah dan persediaan penting buat semua pelajar sebagai bakal pendidik.





