TAHNIAH DAN SYABAS! 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Riezham Hakimi bin Mohd Rizal, pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, atas kejayaan mewakili Pasukan Taring Singgora dalam Pesta Pantun Negeri Perlis (PESANTUN) 2026 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis.

🏆 PENCAPAIAN: TEMPAT KEEMPAT

📍 Tempat: Auditorium Perpustakaan Negeri Perlis

🌟Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan komitmen, bakat dan semangat dalam memartabatkan seni warisan budaya Melayu, khususnya seni berpantun.

🌟Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas! Semoga terus melakar kecemerlangan! 🏆❤️‍🔥

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290