LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK INTERAKSI OGOS-DISEMBER 2025

 

Bengkel Pengurusan Akademik Interaksi Ogos–Disember 2025 dianjurkan pada hari Selasa, 9 Disember 2025, bertempat di Bilik Al-Jazari, IPGKSAH pada jam 8.30 pagi, bertujuan memberikan pendedahan berkaitan penyediaan folio akademik dan pengurusan dokumentasi yang sistematik selaras dengan keperluan standard kualiti pengajaran. Bengkel ini dipimpin oleh empat orang fasilitator iaitu Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Haji Abdul Rahim bin Othman, bersama tiga orang pensyarah JPM iaitu Puan Nur Ruwaida binti Mohd Saad, Puan Noor Halizawati binti Abd Ghani dan Puan Izwanna binti Kamarudin. Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat menyokong peningkatan profesionalisme, penyeragaman dokumen akademik serta pengurusan rekod yang lebih teratur dan berkesan.

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290