LAPORAN BENGKEL PERANCANGAN TAHUNAN 2026
PERSATUAN CAKNA BAHASA MELAYU (PenCakBaYu) SESI 2025/2026

 

 

Jabatan Pengajian Melayu (JPM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Tahunan 2026 Persatuan Cakna Bahasa Melayu (PenCakBaYu) pada 25 November 2025 bertempat di Bilik Al-Jazari, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Bengkel ini melibatkan seramai 23 orang ahli jawatankuasa dan 3 pensyarah yang bertujuan memperkemas perancangan aktiviti, penetapan garis masa serta pengukuhan struktur organisasi persatuan bagi sesi 2025/2026. Program ini diharap dapat memastikan pelaksanaan aktiviti persatuan menjadi lebih sistematik, berfokus dan berimpak tinggi.

#BahasaMelayuBahasaPemersatu

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290