
Tahniah dan Syabas!
Jabatan Sains Sosial (JSS), IPGKSAH merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan FLASH K.A.S. atas kejayaan memperoleh Pingat Gangsa melalui inovasi ARTOVATION dalam kategori Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sempena IINOSAS 2026.
Pencapaian ini membuktikan bahawa gabungan kreativiti, pengetahuan dan komitmen tinggi mampu menghasilkan inovasi yang menyumbang kepada transformasi pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia pendidikan.
Ahli Kumpulan:
• Daniel Akmaluddin bin Roffieen
• Nur Hasya Hannah binti Harun
• Muhammad Irfan bin Shahabudin
• Pn Faridah Abdul Rahman





