Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) akan menganjurkan program Brisk Walk Bersama Ketua Jabatan sebagai satu inisiatif membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Sains Sosial.

Program ini terbuka kepada semua pelajar PPISMP Ambilan Ogos 2025/2030 dengan penyertaan pensyarah yang turut dialu-alukan. Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
📍 Tempat Berkumpul: Astaka
👕 Pakaian: T-Shirt JSS (Pakaian Sukan)

Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang mengamalkan gaya hidup aktif, menyegarkan minda serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam suasana yang santai dan sihat.

"Satu Jam Melangkah, Seribu Manfaat Untuk Kesihatan."

Ayuh warga JSS, marilah kita bersama-sama memulakan hari dengan langkah yang cergas, tubuh yang sihat dan semangat yang positif. Kehadiran dan penyertaan anda amatlah dihargai bagi menjayakan program ini.

Jom Sihat. Jom Cergas. Jom Bersama JSS!

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290