Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah menyertai Pameran Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Tuanku Haminah yang berlangsung pada 24 Jun 2026 (Rabu).

Penyertaan ini menjadi platform bagi memperkenalkan hasil karya, kreativiti dan inovasi warga Jabatan Sains Sosial kepada warga kampus serta para pengunjung. Melalui pameran ini, pelbagai bahan pameran yang berasaskan seni, pendidikan dan kreativiti telah dipersembahkan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan apresiasi terhadap bidang Pendidikan Seni Visual dan penghasilan inovasi dalam pendidikan.

Program ini turut menggalakkan perkongsian ilmu, memperkukuh jaringan kerjasama antara jabatan serta menyemarakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga IPGKSAH.

Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah, pelajar dan jawatankuasa yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pameran ini. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, kreativiti dan inovasi pada masa hadapan.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290