Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) akan menganjurkan program Jom Solat Subuh Bersama Warga Jabatan Sains Sosial sebagai satu inisiatif untuk memupuk budaya solat berjemaah, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh pembinaan sahsiah dalam kalangan bakal pendidik.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar PPISMP Jabatan Sains Sosial dijemput untuk bersama-sama menyertai program yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
🕠 Masa: 5.50 pagi
📍 Tempat: Pusat Islam Al-Fudhail
👥 Sasaran: Semua pelajar PPISMP Jabatan Sains Sosial

Program ini diharapkan dapat menjadi medan untuk menyemai nilai-nilai murni, memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membentuk bakal guru yang cemerlang dari aspek intelek, rohani, emosi dan sahsiah.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk meraih keberkatan dan menghidupkan amalan solat berjemaah sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

"Bersama Mengimarahkan Subuh, Membina Sahsiah Guru Berkualiti."

Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290