Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan Salam IPGKSAH HEBAT Berpasak ADAB.

Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Pameran NUANSA 2026: Merentas Batas, Mencipta Warna yang berlangsung dengan jayanya pada 4 Jun 2026.

Penghargaan khas ditujukan kepada En. Mohd Zaaba bin Ismail (Timbalan Ketua Jabatan JSS), Pn. Sakinah binti Mahamud (Penyelaras Program), Dr. Maznah binti Salleh, En. Kirheba Murugan a/l Krishnan, Pn. Noor Firdaus binti Shamsudin, serta seluruh pelajar Jabatan Sains Sosial yang telah bertungkus-lumus menjayakan pameran ini.

Komitmen, kreativiti dan semangat kerja berpasukan yang dipamerkan bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan program, malah turut memperkukuhkan budaya apresiasi seni, inovasi dan profesionalisme dalam kalangan warga Jabatan Sains Sosial.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program berimpak tinggi yang mampu memperkasa bakat, kreativiti dan kecemerlangan pendidikan seni pada masa hadapan.

Terima kasih dan syabas kepada semua yang telah menyumbang ke arah kejayaan Pameran NUANSA 2026.

Ikhlas daripada,
Puan Faridah Abdul Rahman
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290