
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pelajar Ambilan 2022/2026 atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam menjayakan program sempena Lawatan Penanda Aras Pelajar SMK Mentakab, Pahang seramai 30 orang pada 10 Mei 2026.
Pelaksanaan program yang tersusun dan penuh profesionalisme telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pelawat serta mencerminkan nilai kepimpinan, semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan bakal pendidik IPGKSAH.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus membina jati diri, meningkatkan kemahiran pengurusan program serta memperkukuh hubungan jaringan antara institusi pendidikan.
Syabas dan tahniah kepada semua yang telah terlibat. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.





