"Guru Pembina Generasi, Pendidik Pemacu Aspirasi."

Jabatan Sains Sosial mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh bakal guru Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Profesion keguruan merupakan satu amanah yang mulia dalam membentuk insan, menyemai ilmu serta membimbing generasi masa hadapan dengan penuh dedikasi, integriti dan kasih sayang. Sebagai bakal pendidik, teruslah melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesionalisme agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan yang semakin dinamik.

Semoga setiap langkah yang diambil menjadi inspirasi kepada anak didik, setiap usaha menjadi ladang bakti, dan setiap pengorbanan diberkati serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru 2026.
"Guru Pembina Generasi, Pendidik Pemacu Aspirasi."

Ikhlas daripada
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290