Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Kedah menjemput seluruh warga pendidik, pelajar dan masyarakat untuk mengunjungi Pameran NUANSA 2026: Merentas Batas, Mencipta Warna yang berlangsung dari 4 Jun hingga 30 Julai 2026 di Balai Seni Negeri Kedah.  

Pameran ini mengetengahkan pelbagai hasil karya kreatif dan inovatif daripada pelajar serta pensyarah Unit Pendidikan Seni Visual dan Unit Pendidikan Muzik IPGKSAH. Berteraskan tema “Merentas Batas, Mencipta Warna”, pameran ini mencerminkan keberanian meneroka idea baharu, kepelbagaian ekspresi seni, serta penggabungan elemen kreativiti, budaya dan pendidikan dalam melahirkan bakal guru yang berfikiran kritis, inovatif dan berjiwa seni.

Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai medium dan bentuk karya yang mempamerkan keunikan bakat, kemahiran serta pemikiran kreatif warga IPGKSAH. Pameran ini turut menjadi platform apresiasi seni, perkongsian ilmu dan pengukuhan hubungan antara institusi pendidikan dengan masyarakat.

Tarikh: 4 Jun – 30 Julai 2026
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Balai Seni Negeri Kedah

Ayuh bersama-sama menghayati keindahan seni, meraikan kreativiti dan menyokong perkembangan pendidikan seni negara melalui Pameran NUANSA 2026.

#Nuansa2026 #MerentasBatasMenciptaWarna #IPGKSAH #JabatanSainsSosial #PendidikanSeniVisual #PendidikanMuzik #BalaiSeniNegeriKedah #SeniUntukPendidikan #IPGM

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290