Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Kirheba Murugan Krishnan atas pencapaian luar biasa sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya menerbitkan buku bersama Giri Trading, India, sebuah syarikat penerbitan yang berpengaruh dan berpengalaman di India.

Kejayaan ini telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan sebagai Malaysia Book of Records Title Holder pada 11 Julai 2024, sekali gus mengharumkan nama negara serta membuktikan bahawa karya penulisan tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan komitmen beliau terhadap bidang penulisan dan penerbitan, malah menjadi inspirasi kepada warga pendidik, pelajar dan masyarakat untuk terus berkarya, berinovasi dan mencipta kecemerlangan tanpa batas.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan serta memperkukuhkan budaya ilmu, kreativiti dan penghasilan karya bertaraf global.

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan ini.
"Merentas Batas, Mencipta Kecemerlangan."

https://www.instagram.com/p/DYzOazfy40W/?igsh=MWgza2gzY2p0c2E1cA==

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290