MIRI, SARAWAK, 21 Oktober 2026 – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan inovasi EDIFY berjaya meraih Johan Inovasi Kategori C menerusi inovasi MyArtVault 2.5 dalam Persidangan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTED) Zon Sarawak 2026, IPGM Peringkat Kebangsaan.

Persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 21 Oktober 2026 di IPG Kampus Sarawak, Miri ini menyaksikan kejayaan yang diraih oleh Saudara Daniel Akmaluddin Roffieen dan Puan Faridah Abdul Rahman melalui penghasilan inovasi yang mencerminkan kreativiti dan komitmen terhadap pembangunan inovasi pendidikan.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam menghasilkan inovasi pendidikan yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang pendidikan seni visual.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah serta seluruh ahli Majlis Pengurusan Profesional dan Pentadbiran (MPPP) atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Syabas dan tahniah kepada pasukan EDIFY! Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan, kreativiti dan inovasi serta memperkukuh kecemerlangan IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada peringkat kebangsaan.

IPG Kampus Sultan Abdul Halim | Memacu Kecemerlangan Pendidikan Guru

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290