🏆 KEJAYAAN MERAIH TEMPAT KEEMPAT DAN ANUGERAH EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI PEDATED ZON UTARA 2026

Program: Pertandingan Inovasi Peringkat Akhir Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd) Zon Utara 2026

Tajuk Inovasi: Inovasi Pembelajaran Asas Kimia Menggunakan CHEMCARD & ChemLand

Tarikh: 7 Oktober 2026 

Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang 

Tempat: Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pensyarah yang terlibat atas kejayaan memperoleh TEMPAT KEEMPAT DAN ANUGERAH EMAS dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Akhir Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd) Zon Utara 2026.

🌟Barisan Pensyarah Terlibat:

  1. Dr. Mohamad Nasir bin Man@Othman
  2. Dr. Nurain binti Redzali
  3. Dr. Marlina binti Abdullah
  4. Pn. Nur Ezwan Anis binti Muhd Subuhi
  5. Pn. Hanisah binti Che Halim

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, komitmen dan kreativiti dalam menghasilkan inovasi pendidikan yang berpotensi menyumbang kepada penambahbaikan amalan pedagogi dan kualiti pendidikan guru.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga institut untuk terus meneroka idea baharu, memperkasa inovasi dan melakar lebih banyak kejayaan dalam bidang pendidikan.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290