KEJAYAAN MERAIH TEMPAT KEEMPAT DAN SAGUHATI RM200 DALAM PERTANDINGAN IKON KOMUNIKASI (IKOM) SAINS 2026

Program: Pertandingan Ikon Komunikasi (IKOM) Sains 2026

Tarikh: 12 November 2026

Masa: 2:00 petang – 4:30 petang

Tempat: iTweet Tech, Aras 1, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim atas kejayaan memperoleh TEMPAT KEEMPAT DAN SAGUHATI RM200 dalam pertandingan ini.

🌟 Barisan Peserta Terlibat:

  1. Foo Cui Ting
  2. Nur Qodhirah binti Mohamad
  3. Nur Asyura binti Muhamad Azmie

🌟 Pensyarah Pembimbing:

En. Mohd Sofie bin Mohd Yusoff

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, komitmen dan kerjasama para peserta dalam mengembangkan kemahiran komunikasi serta kreativiti dalam bidang sains.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga institut untuk terus mengasah bakat, meneroka peluang baharu dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta pensyarah pembimbing!

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290