PROGRAM PLASTIC BUSTERS PANDU PUTERI

Program Plastic Busters Pandu Puteri IPGKSAH anjuran Unit Kokurikulum telah diadakan pada 15 Julai 2023 di Sungai Sedim Forest Eco Park yang melibatkan seramai 39 orang peserta. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat sukarelawan dan cintakan alam sekitar. Penyelaras bertugas ialah Cik Noor Hayati Ariffin. Tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1437
LATIHAN BAND SEMPENA MAJLIS BICARA PROFESIONAL

Pada 14-16 Julai 2023 telah diadakan latihan buskers bagi menjayakan Bicara Profesional dan Pelancaran Model HEBAT yang diadakan pada 16 Julai 2023. Latihan ini diadakan dengan baik dan berjaya menambat hati para penonton. Tahniah kepada semua yang terlibat.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1235
KURSUS ASAS KOR SISPA

Unit Kokurikulum dengan kerjasama APM Kuala Muda telah mengadakan Kursus Asas KOR SISPA pada 13-14 Julai 2023 di IPGKSAH. Seramai 44 orang pelajar dan 7 orang pensyarah telah mengambil bahagian dalam kursus dan dibantu oleh 5 orang pegawai APM. Pelbagai ilmu dan kemahiran telah dikongsi seperti pertolongan cemas, kawad kaki, ceramah dari Majlis Keselamatan Negeri, anduh dan tali-temali. Penyelaras bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan. Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 309
BENGKEL ASAS KAWAD KAKI

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Bengkel Asas Kawad Kaki pada 9-11 Julai 2023 kepada 125 orang pelajar dari Unit Beruniform Pengakap, KRS,Pandu Puteri dan Wataniah bagi melatih dan meningkatkan kemahiran dalam asas kawad. Bengkel ini merupakan platfom untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar-pelajar IPGKSAH untuk menyertai pertandingan kawad yang akan diadakan kelak. Penyelaras bertugas ialah En Kholid bin Salleh.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 404
HARI BELIA PERLIS

Pada 8 Julai 2023, seramai 24 orang pelajar telah menyertai Hari Belia Perlis yang telah diadakan di UTC Perlis. Antara pengisian yang telah disertai ialah pameran dan aktiviti bersama LPPKN, Klik dengan Bijak, Tabung Haji, paintball shooting dan forum remaja, Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 263





