KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit PKK (Ketua Kursus : Pn Nur Eliyawaton, no permit :PKK/1-507) dan (Ketua Kursus ; Hj Zahir Mohd Nasir, no permit: PKK/1-506) kepada 67 orang pengakap KLM 21 di PULAKO IPGKSAH pada 16-18 Mac 2023. Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu kepengakapan dalam kalangan pelajar-pelajar IPGKSAH disamping mendapatkan tauliah yang diiktiraf. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias turut dibantu oleh ADC KLM 21 dan 2 orang penolong jurulatih dari PPM Kedah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1338
ISTIADAT PENGALUNGAN MANIKAYU 2 BUTIR
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1191
Read more: UKK- Istiadat Pengalungan Manikayu 2 Butir Unit PKK
PROGRAM CPD HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

Pada 14-15 Mac 2023, Unit Kokurikulum telah mengendalikan program CPD dengan 30 orang kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim di PULAKO IPGKSAH. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team building, asas senamrobik dan bengkel woodball. Unit Kaunseling IPGKSAH turut membantu melalui aktiviti LDK. Penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1088
SUKARELAWAN HERO FUN RUN 2023

Seramai 46 orang sukarelawan IPGKSAH telah bertugas di Hero Fun Run 2023 pada 11 Mac 2023 di Bukit Banyan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kuala Muda ini memberi peluang kepada semua sukarelawan untuk meningkatkan kemahiran dalam pengelolaan dan pengurusan, serta memberi pengalaman bermakna kepada mereka dalam khidmat komuniti. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Tahniah dan terima kasih semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1256
BENGKEL I AM A VOLUNTEER

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Bengkel I Am A Volunteer pada 9 Mac 2023 di Dewan Bukahri kepada 46 orang pelajar yang telah terpilih sebagai sukarelawan Hero Fun Run anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai Belia dan Sukan bagi memberi penerangan dan taklimat berkaitan tugas serta peranan semua peserta termasuklah menjaga check point dan petugas. Penyelaras bertugas ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1135





