PERTANDINGAN CATUR USM

Pasukan Catur IPGKSAH seramai 17 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Catur yang telah diadakan di USM pada 4 Jun 2023. Pertandingan ini merupakan satu pendedahan kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka dalam permainan catur. Tahniah kepada Muhammad Sufian Shah bin Mazlan yang telah memenangi pertandingan ini dalam kategori IPTA/IPTS. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 278
EKSPLORASI BUKIT BENDERA

Unit Kokurikulum telah mengadakan Eksplorasi Bukit Bendera bersama-sama 20 orang pelajar dari kelas 13K pada 4 Jun 2023. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti mentor mentee di bawah seliaan Cik Noor Hayati Ariffin. Pelajar-pelajar telah didedahkan tentang kehidupan flora fauna serta menyahut cabaran mendaki bukit yang tinggi. Penyelaras bertugas ialah En Ng Kheng Loon. Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 258
LAWATAN AKU ANAK SENI

Persatuan Seni Kreatif (Unit Kokurikulum) telah mengadakan Lawatan Aku Anak Seni pada 30 Mei 2023 di Balai Seni dan JKKN Pulau Pinang. Seramai 36 orang pelajar dan 1 orang pensyarah pengiring telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Objektif lawatan ini diadakan ialah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat pameran seni serta menjalinkan kolaborasi dengan JKKN. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 284
BENGKEL MASAKAN TRADISIONAL

Pada 25 Mei 2023, Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Masakan Tradisional (lontong) di PULAKO IPGKSAH melibatkan 14 orang peserta. Bengkel ini diadakan bagi melatih jurulatih kokurikulum dan AKP yang terlibat untuk memasak lontong kerana ia merupakan kemahiran sampingan yang diperlukan terutamanya semasa BIG dan Perkhemahan Unit Beruniform. Fasilitator yang terlibat ialah Cik Noor Hayati Ariffin manakala penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 235
CERAMAH TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan STEM telah berkongsi kepakaran memberi ceramah bertajuk Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam kepada 1200 orang pelajar di SMK Ibrahim pada 7 Mei 2023. Penceramah bertugas ialah Dr Fazliza Che Amat dan dibantu oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Kolaborasi 2 jabatan/unit ini merupakan 1 langkah bijak dalam mencapai objektif untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar di sekolah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1135





