BENGKEL ASAS OLAHRAGA (LONTAR PELURU)

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Olahraga untuk acara lontar peluru pada 2 Januari 2023 di Padang IPGKSAH kepada jurulatih UKK sebagai latihan dan persediaan mengajar subjek Olahraga. Bengkel ini menyentuh tentang SOP, peraturan permainan dan perlawanan, peralatan dan tektik lontaran yang betul. Penyelaras bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1438
ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

Unit Kokurikulum membuka tirai 2023 dengan webinar bertajuk Anugerah Bintang dan Pingat PPM pada 2 Januari 2023 menggunakan GM. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan KLM 21 telah menyertai webinar ini. Para peserta telah didedahkan tentang pingat-pingat PPM seperti SKKPN, Pingat Perkhidmatan Baik, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Bintang Semangat Rimba. Penceramah bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dan dibantu oleh Cik Noor Hayati selaku moderator.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1221
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN 1
PPM KLM IPGKPM ZON UTARA

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1435
Read more: UKK-Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 (Unit PKK)
JAMBORI PENGAKAP KEDAH DAN PERSAUDARAAN ANTARABANGSA

Jambori Pengakap Kedah dan Persaudaraan Antarabangsa telah berlansung dengan jayanya pada 2-5 Dis 2022 di UUM Kedah. Seramai 2 orang penolong pemimpin dan seorang Pesuruhjaya Daerah telah bertugas di jambori tersebut. Antara aktiviti yang telah disertai semasa jambori ialah Youth Talk, pertandingan masakan ADABI, kembara kota, kembara alam, kebudayaan dan aktiviti air.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1371
YOUTH TALK IN SCOUTING- ENGLISH IN JAMBOREE
JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN PERSAUDARAAN ANTARABANGSA

Seramai 2 orang ahli KLM 21 IPGKSAH telah mengendalikan 2 perbincangan untuk Youth Talk pada 3 Dis dan 5 Dis 2022 di tapak jambori UUM bagi membincangkan tahap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta pengakap jambori dari Thailand dan Indonesia. Seramai 20 orang peserta telah menyertai Youth Talk ini dan ia berjalan lancar. Para peserta telah menunjukkan minat serta berkongsi masalah yang dihadapi untuk berkomunikasi dengan pengakap Malaysia kerana masalah penggunaan bahasa. Penyelaras aktiviti ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1115





