BENGKEL ASAS WOODBALL

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Woodball pada 20 Okt 2022 di padang IPGKSAH. Seramai 15 orang pensyarah dan AKP telah mengambil bahagian dalam begkel ini. Penyelaras terlibat ialah En Kholid bin Salleh dan beliau telah menunjukkan teknik betul bermain woodball serta menjelaskan peraturan permainan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 304
BENGKEL ASAS KABADDI

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Kabaddi pada 20.10.2022 di padang IPGKSAH. Seramai 11 orang peserta telah mengambil bahagian dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Meskipun permainan ini masih belum dikenali ramai dalam kalangan warga IPGKSAH, namun Unit Kokurikulum mengambil inisiatif untuk memperkenalkan permainan ini secara berperingkat. Penyelaras bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 289
JOTA JOTI 2022 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Pada 14-15 Oktober 2022, seramai 10 orang guru pelatih pengakap dan seorang jurulatih KLM 21 IPGKSAH telah terlibat sebagai petugas di JOTA JOTI 2022 Peringkat Negeri di SMK Sungai Pasir Kechil. Antara tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur ialah bertugas di stesen radio, bendera semaphore dan morse code. Terima kasih dan Tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1277
BIG SIRI 5 PISMP JUN 2022

Bina Insan Guru (BIG) PISMP Ambilan Jun 2022 telah berjaya dilaksanakan pada 8-12 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 82 orang pelajar dan 7 orang Jurulatih Kokurikulum serta 2 orang kaunselor telah terlibat dalam BIG kali ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kawad kaki, abseiling, berakit, khidmat komuniti, masakan rimba, konservasi alam dan kembara seperti yang ditetapkan dalam MK. Kem Komanden yang bertugas ialah Dr Mohamad Nasrullah bin Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1111
BIG Siri 4 PISMP Jun 2022

Bina Insan Guru (BIG) PISMP Ambilan Jun 2022 telah berjaya dilaksanakan pada 1-5 Okt 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 73 orang pelajar dan 7 orang Jurulatih Kokurikulum serta 2 orang kaunselor telah terlibat dalam BIG kali ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kawad kaki, abseiling, berakit, khidmat komuniti, konservasi alam dan kembara seperti yang ditetapkan dalam MK. Kem Komanden yang bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1569





