BINA INSAN GURU SIRI 7
PISMP AMBILAN JUN 2022

BIG bagi pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 akhirnya melabuhkan tirai apabila BIG Siri 7 telah sampai ke penghujung. BIG yang telah dijalankan pada 12-16 Nov 2022 telah disertai oleh 84 orang pelajar dan dilatih oleh 7 orang jurulatih serta beberapa orang pensyarah akademik dan kaunselor. Para peserta telah menunjukkan sikap positif dalam diri serta mampu untuk bekerjasama dalam setiap aktiviti yang perlu disempurnakan. Kem Komanden pada siri ini ialah En Zukifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1170
KARNIVAL KOKURIKULUM (PERSATUAN)

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1383
BINA INSAN GURU SIRI 6
PISMP AMBILAN JUN 2022

Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah berjaya dilaksanakan pada 5-9 Disember 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 78 orang peserta PPISMP Ambilan Jun 2022 telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 7 orang jurulatih Unit Kokurikulum sepanjang BIG berjalan. Antara aktiviiti semasa BIG ialah berakit, abseiling, kawad kaki, masak masakan rimba, ikatan dan simpulan, malam kebudayaan dan senamrobik. Ketua kom bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1179
BENGKEL PEMBUATAN KRAFTANGAN TRADISIONAL

Pada 23 Oktober 2022, Unit Kokurikulum dan 10 orang palajar IPGKSAH telah menyertai Bengkel Pembuatan Kraftangan Tradisional di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Pengisian bengkel ialah teknik pembuatan watak wayang kulit dan model wau bulan. Para peserta telah menunjukkan minat dan hasil kerja yang sangat kreatif. Penyelaras program ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 385
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PISMP AMBILAN JUN 2021

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Ambilan Jun 2021 telah berjalan lancar mengikut MK yang ditetapkan pada 30 Okt-2Nov 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 254 orang peserta yang terdiri dari UB Pengakap, Pandu Puteri, BSMM dan KRS telah mengambil bahagian. Antara aktiviti dan pengujian yang dilakukan ialah kawad kaki, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, balutan dan anduh, kraf perkhemahan dan kembara. Penyelaras perkhemahan ialah En Zulkifli bin Mohd Yusof dan diterajui oleh 6 jurulatih UKK bersama-sama 3 pensyarah IPGKSAH. Terima kasih dan tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 491





