BENGKEL ASAS UNIT BERUNIFORM

Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama SK Brinchang, Cameron Highlands telah mengadakan Bengkel Asas Unit Beruniform pada 15 Jun 2022. Antara pengisian bengkel ialah permainan team building, ikatan dan anduh. Seramai 17 orang guru dan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 telah menyertai bengkel ini. Penyelaras terlibat ialah En Zulkifli Mohd Yusof manakala Guru Besar SKB, Pn Faridah Najihah Mohamed Yusoff telah merasmikan bengkel ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1190
PERKONGSIAN ILMU - HARI LAUTAN SEDUNIA

Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama KLM Zon Utara telah mengadakan perkongsian ilmu bertajuk Hari Lautan Sedunia bagi membincangkan 50 soalan kuiz yang dianjurkan oleh Pengakap Laut Malaysia. Sekawan bertugas ialah Sekawan Merah dan moderator terlibat ialah En Zulkifli Mohd Yusof dari Unit Kokurikulum. Objektif perkongsian ilmu ini diadakan bagi meningkatkan ilmu peserta dan menggalakkan peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1105
WEBINAR HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Unit Kokurikulum dengan kerjasama KLM 21 telah berjaya mengadakan webinar bertajuk Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2022. Webinar ini dikendalikan oleh Sekawan Biru sebagai tugasan KMK Peringkat 2 dan moderator yang terlibat ialah En Mohamad Nasrullah Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1142
Perkongsian Ilmu
Protokol dan Bendera Semaphore

Unit Kokurikulum dengan kerjasama HEW PPM Kedah telah mengadakan perkongsian ilmu bertajuk Protokol dan Bendera Semaphore pada 3 Jun 2022 di PULAKO IPGKSAH. Fasilitator yang terlibat ialah Hjh Normah Mohd Yusof dan Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian yang turut terdiri daripada guru-guru dari beberapa daerah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1030
PERKONGSIAN ILMU
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Pada 1 Jun 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bertajuk Kepentingan Teknologi Hijau dalam Kelestarian Alam Sekitar. Seramai 60 orang pelajar dari SMK Sg Pasir Kechil telah menyertai perkongsian ilmu ini. Penceramah terlibat ialah Dr Fazliza binti Che Amat dari Jabatan STEM manakala penyelaras program ialah En Zulkifli Mohd Yusof dari Unit Kokurikulum. Objektif perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1417





