BENGKEL INOVASI MICUP 1
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM IPGKSAH DAN JPPI IPGKBM

Bengkel Inovasi MICUP 1 anjuran Unit Kokurikulum IPGKSAH dan JPPI IPGKBM pada 15 April 2022 menggunakan google meet. Seramai 116 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang membincangkan tentang inovasi serta proses MICUP. Penceramah terlibat ialah Dr, Roslina binti Suratnu dan Cik Haslinda binti Mohamad Saad manakala moderator bertugas ialah Pn. Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1457
BENGKEL PLC-INOVASI DAN STEM

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel PLC yang menekankan kepada elemen inovasi dan STEM bertempat di Pusat Sains Negara, Alor Setar pada 14 Mac 2022. Banyak pengalaman baharu yang diperolehi melalui bengkel ini. Selain itu, rakaman untuk HIP Program turut dijalankan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1161
BENGKEL ASAS EASY VIDEO MAKER

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Bengkel Asas Easy Video Maker pada 17 Mac 2022 yang melibatkan 9 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit. Bengkel ini merupakan pendedahan kepada peserta cara menghasilkan video. Penceramah bengkel ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1046
WEBINAR PROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Program Latihan Pengakap Kanak-kanak kepada Pemimpin dan guru pelatih yang menyertai Pengakap. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang silibus PKK. Penceramah webinar ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1107
BINA INSAN GURU
PDPP AMBILAN JUN 2021

Unit Kokurikulum telah menyempurnakan Bina Insan Guru yang melibatkan 10 orang pelajar PDPP (PJ) Ambilan Jun 2021 pada 27 Feb - 3 Mac 2022 di PULAKO IPGKSAH. Aktiviti yang dijalankan mengikut MK yang ditetapkan melibatkan kembara, menyelamat di air, ikhtiar hidup, kawad kaki dan Malaysia cergas. Penyelaras BIG ialah En Ng Kheng Loon dan majlis penutup telah diserikan oleh Timbalan Pengarah IPGKSAH, Dr Aris Fadil bin Hj Ujang
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1383





