LAWATAN PENANDA ARAS - KAYAK

Pada 8 Feb 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Kayak) di Tasik Beris, Sik, Kedah. Lawatan ini dikendalikan oleh penyelaras iaitu En Nasrullah dan dibantu oleh pemilik resort iaitu Encik Basiron. Lawatan ini tertumpu kepada pengurusan kayak, stor penyimpanan, cara pengendalian kayak yang perlu dibaiki/rosak serta cara penyimpanan kayak yang betul.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1110
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Unit Kokurikulum telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan kepada 16 orang peserta pada 19 Feb 2022 di Dewan Bukhari, IPGKSAH. Kursus ini diketuai oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Sebanyak 8 tajuk telah disampaikan kepada para peserta antaranya Uniform Pengakap, Sejarah Pengakap dan Safe From Harm.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1245
BENGKEL ASAS PERMAINAN

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Permainan pada 9-13 Januari 2022 di gelanggang IPGKSAH. Permainan yang terlibat ialah bola jaring, bola tampar, takraw dan badminton. Objektif utama bengkel ini diadakan sebagai latihan ulangkaji kepada jurulatih sebagai persediaan untuk MPU Permainan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 276
WEBINAR 'KITA TENANG, KITA MENANG'

Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Kita Tenang Kita Menang yang telah dikendalikan oleh Jurulatih Kokurikulum, Pn Ross Lina binti Mansor. Webinar ini lebih berbentuk perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan cara menyayangi diri sendiri disamping teknik pernafasan yang betul bagi menjaga kesihatan diri.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 217
LAWATAN PENANDA ARAS (WOODBALL)

Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Penanda Aras bagi permainan woodball di Kolej Matrikulasi Perlis pada 3 Januari 2022. Lawatan ini diadakan bagi melihat fairway serta kemudahan woodball yang terdapat di KMP, disamping mewujudkan kolaborasi antara 2 IPT. Lawatan ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPM, Tn Hj Shahrom bin Shaari, dan dikendalikan oleh En Rosli (KMP). Penyelaras yang terlibat ialah En Mohamad Nasrullah Nasiruddin (UKK IPGKSAH)
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 276





