BENGKEL MASAKAN NASI ULAM

Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama PIBG SMK Sg Pasir Kechil telah mengadakan Bengkel Masakan Nasi Ulam pada 29 Mei 2022 di PULAKO IPGKSAH. Bengkel ini amat menarik kerana selain mempelajari teknik memasak nasi ulam, peserta turut diperkenalkan beberapa jenis ulam seperti pegaga, cekur, selom, janggus, bayam brazil, cemumar dan keladi. Seramai 18 orang warga IPGKSAH dan 12 orang guru serta pelajar dari SMK Sg Pasir Kechil telah mengambil bahagian. Penyelaras bengkel ialah Cik Noor Hayati Ariffin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1043
BENGKEL ASAS MASAKAN RIMBA

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Masakan Rimba pada 17 Mei 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh En Kholid bin Salleh. Objektif bengkel ini diadakan ialah untuk memperkenalkan teknik masakan rimba serta kaedah memasak menggunakan buluh dan batang pisang. Kesemua peserta telah menunjukkan minat yang mendalam dan semangat berpasukan yang tinggi. Tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1157
BENGKEL ASAS GIMNASTIK BERIRAMA

Pada 24 Mac 2022, Unit Kokurikulum IPGKSAH telah mengadakan Bengkel Asas Gimnastik Berirama yang dikendalikan oleh En Ng Kheng Loon selaku jurulatih. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dan sebanyak 5 teknik gimnastik berirama telah diajar iaitu reben, bola, gelung, tali dan hoop.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1169
PERTANDINGAN MEWARNA RAMADAN

Pada 20 April 2022, Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama PIBG SKSPK telah mengadakan Pertandingan Mewarna Ramadan kepada 37 orang pelajar 6 UM, SKSPK. Aktiviti ini merupakan kolaborasi yang membentuk kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum sekaligus membentuk pelbagai sikap positif seperti kerjasama dan kreatif. Penyelaras pertandingan ini ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. SOP yang ketat telah dipatuhi dan semua pelajar menunjukkan hasil kerja yang cantik dan menarik.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1801
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 pada 3-5 Mac 2022 di PULAKO IPGKSAH kepada 30 orang penolong pemimpin KLM 21. Pelbagai kemahiran kepengakapan seperti ikatan dan simpulan, kawad kaki dan istiadat Laung Agung telah diajar oleh jurulatih kokurikulum iaitu Ustaz Kholid dan Cik Noor Hayati. Permit Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 ialah PKK/1-453. Ketua Kursus ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1241





